Tuesday, November 29, 2011

Hikmah di sebalik wuduk

pernahkah kita berfikir, apakh sebenarnya rahsia di sebalik wuduk yang kita ambil setiap hari? mungkin ada yang berpandangan amalan wuduk hanya sebagai syarat wajib bagi melaksanakan ibadat solat. hakikatnya, ada rahsia disebalik setiap rukun wuduk itu.



dalam satu riwayat diceritakan, ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat, lalu ditanya salah seorang darinya, " Ya Rasulullah, bagaimana mungkin di akhirat kelak engkau akan mengenali para umatmu sedangkan pada ketika itu ramai sekali manusia daripada umat Nabi Adam s.a hinggalah pada umatmu?" maka dijawap oleh Rasulullah. "di akhirat kelak, Allah memberiku penglihatan untuk aku melihat umatku. ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna hitam. yang putih itulah umatku! dan kisahkan juga, orang2 yang rajin berwuduk, tubuh badannya akan bersinar di hari akhirat kelak"


berkumur
membersihkan dosa mulut dan lidah yang banyak mengumpat dan menyebut perkara sia sia

membasuh muka
wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak

basuh tangan kanan
mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak

basuh tangan kiri
hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahakan perhitungan di akhirat kelak

basuh kepala
melindungi daripada terik matahari di padang Marsyar dan memohon rahmat serta kasih sayang Allah

basuh telinga
membersihkan telinga daripada mendengar perkataan yang sia sia dan melalaikan

basuh kaki kanan
memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim dan memudahkan merentasi laluan

basuh kaki kiri
memohon jangan gelincirkan kaki ke dalam api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim

No comments:

Post a Comment