Tuesday, December 11, 2012

#2012_017


Final Exam sudah berlalu
Keputusannya pun semua dah tahu
Pointer tinggi ke rendah semuanya bergantung kepada apa yang kita usahakan
Kadang2 bila kita dah berusaha gila2
Mestilah mengharapkan keputusan yang gila2 juga
Tapi kalau apa yang kita target tu tak capai.... pasrah akhirnya

Serius aku mengharap pointer yang tinggi
Tapi apa boleh buat
Itulah keputusannya...


inilah setakat yang termampu
aku redha
redha itu pasrah
pasrah itu menyerah
aku menyerah je lah..
walauapa pun, syukur Alhamdulillah

p/s: tahniah kepada DRM 3. Walauapapun, korang berjaya buat yang terbaik. Tahniah kepada mereka2 yang dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan). Sedih tak dapat anugerah tu... 





READ MORE- #2012_017

#2012_016


02/12/12
Aku mendapat seorang lagi kakak ipar.
Welcome to the family..


Perjalanan kami agak jauh kali nie.
Dari Selangor bergerak ke Johor
2 kereta semestinya
Abah, emak, angah and aku
Along, Baha (kawan along) and Azie
Banyak hentian kami kali ini
Shell Templer Park: 
ambil Pak cik aku and family
Hentian Seremban: 
ambil Mak long and family
ambil Kak Ngah and tunangnya
ambil Pak Man, Pak Joi and family
Tol Tangkak:
Pak Ngah and family
Kak Long and family
Mak lang and family
Mak Cu and family
Lengkaplah sudah semua orang.
Perjalanan di teruskan di rumah singgah
Di situlah along tukar baju and bersedia untuk bergerak ke rumah pengantin


aku tak pasal2 jadi mak andam terjun pula. hahaa...


inilah antara pak cik , makcik and sepupu aku


pengantin lelaki sudah bersedia


pengantin bergambar bersama pembawa hantaran



perjalanan ke rumah pengantin

Jarak rumah singgah sampai ke rumah pengantin adalah dalam 150 meter. 
Berpeluh2 jugalah sorang2


Along bergambar sementara menunggu tok kadi sampai.
Muka nampak tenang tapi dalam hati dia sorang je yang tahu


inilah pengantin bersama mak abah

Apa-apa, pun Selamat Pengantin Baru

Mohd Nazry Bin Iskandar
&
Fathiyah Binti Kamaludin

 p/s: dalam suka, ada duka. Waktu on the way balik Rawang, kereta abah rosak dekat Shah Alam. Akhirnya kitorang sekeluarga balik naik teksi.

pp/s: Along and Kak Tia, welcome back to Malaysia. Baru balik berbulan madu di Pulau Krabi, Thailand..






READ MORE- #2012_016

Monday, December 10, 2012

#2012_015



10/11/2012
Perasaan aku tak menentu
Malu
Gembira
Sedih

Peristiwa memalukan. 

Kami sekeluarga balik kampung untuk ke Majlis Pertunangan sepupu aku di Negeri Sembilan. Kitorang pergi naik 2 kereta. Abah, emak, angah and isteri dia 1 kereta. Along, Kak Tia, aku and Azie 1 kereta. 

Masa on the way, kami singgah 1 stesen minyak. Aku nak pergi tandas. Tapi along Park kereta dia jauhlah pula dari tandas. So, waktu aku jalan nak gi tandas, aku terasa something wrong dengan weages aku. Bila aku tengok, rupa-rupanya 1 tali dah terputus. Haihh... Aku pun meneruskan perjalanan aku. Aku singgah dekat kereta abah kejap, suruh angah jaga hand bag aku. Bila aku da melepaskan hajat aku, aku pun ambil balik hand bag aku. bila aku tengok kasut aku, aku perasan dah 3 tali putus. Aku dah cuak dah. Aku betulkanlah mana yang patut. Niat dekat hati nak singgah beli milo jap, tapi tengok kasut yang tidak mengizinkan, aku batalkan niat aku. Masa dah nak sampai kereta, terserempak dengan along. Dia tanya tandas dekat mana? Maksudnya sempatlah nak beli milo jap. Tapi waktu tu aku dah londehkan dah kain baju kurung aku. 

Masa on the way nak masuk kereta, aku rasa kasut aku dah tercabut bahagian belakang. Aku x tau nak buat apa dah. Jadi aku seretlah. Tapi macam dah teruk sangat je. Bila aku angkat kaki, tapak kasut aku tercabut. Cuba korang bayangkan. Kasut wages yang tapak dia tebal and tinggi 3 inci tu tercabut. Tapi dia punya bahagian atas still melekat dekat kaki korang. Kalau korang x boleh nak bayangkan, tengok gambar dekat bawah nie. Dan cuba korang bayangkan, dekat tempat awam pula tu. Kereta keluar masuk. Aku pun apa lagi. Tanggal dua-dua kasut, jangan pandang belakang, LARII...!!! Sampai dalam kereta pecah perut sorang2 gelak an aku. Haihh... Majal giler... Dah lah ada orang nampak, siap tegur lagi tu. Ada kereta tu pula, siap hon lagi. Sampai kampung memang kecoh lah. Haih....





Peristiwa menggembirakan

Kalau dah namanya Majlis Pertunangan, tak kan nak sedih pula an. Lain lah kalau yang bertunang tu pakwe/makwe korang or crush korang an. Itu mesti sedih siap tangkap leleh lagi. Hahaa... Nak cerita banyak pun aku tak tau nak cerita apa.. 



kak Tia, Azie, Kak Ngah, me, Ijaa..


muka2 "batak" jumpe cermin. hehee...


Peristiwa Sedih

Kalau korang dah baca entry sebelum nie, korang akan tau apa yang menyebabkan aku sedih. Aku dapat tau sehari selepas kematian beliau. Masa tu aku still on the way balik kampung. Tiba2 aku dapat call dari Azim. "Khir dah tak ada". Aku terkedu. Aku tak tau nak buat apa dah. Aku call Faa bagitau pasal nie. Bila habis je aku cakap dengan Faa, serta merta air mata aku jatuh. Dalam kereta tu juga aku nangis. 1 family aku faham kenapa aku sedih. Semua tahu full story tentang aku dengan beliau. Sampai kampung aku kena banyak cakap. Aku tak boleh diam. Kalau tak, serta merta aku akan teringat an dia and nangis. Ramai yang call aku, tanya aku dekat mana and nak bagitau pasal nie.

Pukul 12 am, kami sekeluarga sampai rumah (rawang). Aku naik bilik, aku bbm Nik, tanya dia pasal Khir and dia sukarela nak datang rumah aku. Lepas aku mandi, diorang sampai depan rumah. Nik and Mirul datang. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tanya Nik, macam mana dia boleh excident, belum habis dia story aku dah nangis. Memang aku dah tak boleh nak tahan nangis aku. Tak lama lepas tu, Azim and Zack sampai. Diorang borak, aku cuma mampu senyap je. Tapi, bila aku berdua dengan Azim, sumpah, air mata aku lagi laju, aku tak boleh berhenti nangis. Azim banyak tau pasal kami berdua. "Nangis jangan dipendam, nanti sakit dada tu". Ya. Depan korang semua aku nangis. Air mata lelaki pasti akan gugur juga. Jangan nak segan nangis depan aku. Hal macam nie, memang patut korang ketepikan ego korang. 

Thanks korang teman aku malam tu. Keesokan harinya, aku, Nik and Mirul ziarah kubur beliau. Sempat jumpa family beliau dekat kubur tu. Bila tengok emak beliau nangis meratap kematian anaknya, sebak rasanya. Ayah beliau tegur kami. "Kalau dia ada buat salah, maafkan lah dia". Dengar je ayat tu, aku terus menangis. Bukan kami yang patut maafkan dia, tapi kami yang patut minta maaf dengan dia..

AL-FATIHAH..










READ MORE- #2012_015

Sunday, December 9, 2012

Sentiasa Dalam Ingatan...



09/11/2012
Khir Syafiq
Kau pergi meninggalkan kami.
Kini, genap sebulan.

Kau seorang sahabat yang sangat baik.
Kau sering membantu kawan-kawanmu dikala mereka kesusahan.
Kau tidak pernah kedekut tentang duit untuk kawan-kawan
Kau seorang yang sangat memikirkan masa depan.
Kau sering mendorong aku diwaktu aku putus asa untuk menyambungkan pelajaran.
Kau seorang yang sangat matang
Kau sangat menghormati orang yang lebih tua darimu
Mungkin aku tidak cukup mengenalimu.
Tapi, pada aku...
Kaulah insan yang paling baik yang akan diingat selamanya.




Terima kasih
Kau selalu belanja aku KFC
Kerja KFC kan...
Kau sanggup hantar makanan favourite aku dekat tempat kerja aku, dekat rumah aku..
Kau selalu datang rumah aku suatu ketika dahulu semata-mata untuk jumpa aku
Kau sanggup top upkan aku semata-mata untuk mesej kau
Tapi kau tak pernah minta balasan
Kau selalu dengar apa yang aku cakap
Walaupun aku bukan sesiapa pada kau

Maaf
Aku pernah memainkan perasaan kau.
Sumpah,
langsung tak ada niat untuk aku buat macam tu dekat kau
Maaf,
Aku banyak sangat buat salah dekat kau..
Maaf,
Aku banyak menipu kau..
Maaf,
Aku tak pernah balas perasaan kau
Maaf,
Aku tak pernah faham perasaan kau
Maaf,
Aku terlalu ego

Maaf, maaf, maaf...

Cuma tu je yang aku minta dari kau
Walaupun aku tahu, semuanya dah terlambat

Mungkin aku tak layak untuk ungkit balik perkara lepas
Kerana kita hanya kawan
Tapi bagi aku
Kenangan itulah yang membuatkan aku sentiasa ingat kau...

Terima kasih atas segala kebaikanmu.
Aku tak layak untuk memaafkanmu
Kerana aku yang patut memohon maaf padamu


"Ya Allah, kau ampunilah hambamu itu. 
Sesungguhnya hambamu ini banyak melakukan kebaikan. 
Kau mengambilnya pada usia yang muda.
Kau jauhilah beliau dari azab api neraka.
Kau lapangkanlah kuburnya..
Kau angkatlah kebaikannya dengan dengan darjat setinggi-tingginya.
Amin..."

AL-FATIHAH












READ MORE- Sentiasa Dalam Ingatan...

Sunday, September 23, 2012

#2012_014

assalamualaikum..

kum apa? combat
bat apa? batman
man apa? mentol
tol apa? tolak
lak apa? laksa
sa apa? satu
tu apa? tunang
nang apa? nangka
ka apa? kayu
yu apa? you shut up
up ape? up pe pon tak boleh..
hahaa.. merepek sudah

Sekarang, dah masuk semesta 3 dah.
macam dah jadi sepanjang semesta nie.
ada yang seronok dan tak lepas juga yang menyakitkan hati

kalau korang tak tau, dulu kitorang duduk 4 orang 1 rumah. sekarang dah berkurang seorang dah
kalau dah tak sekepala memang susah
itu tak kena, ini tak kena..
masuk tak bagi salam, keluar tak ucap selamat tinggal..
orang camtu kita kena let go je..
hahhaa

semesta nie, sekali lagi kitorang berpuasa jauh dari keluarga.
dan sepanjang bulan tu, entah berapa kali lah rumah kitorang blackout
sedeyhh betol
bulan puasa hari musim hujan. so, setiap petang hujan. kalau setakat hujan je tak ape. tapi nie dengan guruh ribut taufan semua ada..
tu pasallah rumah kitorang selalu blackout. siap kena sambar petir lagi.
tak pasal2 semua lepak depan rumah sambil bertemankan pelita minyak tanah.(sebab lilin dah habis)
kitorang punya moderm wifi pon terbakar. hampeh betol..
sebulan moderm kitorang problem. 

malam tadi aku and ummi terpaksa tidur merempat dekat ruang tamu.
apakah? katil kitorang patah. sedeyh tol
berat sangat ke kitorang nie!
oke diam!
semesta nie juga lah motor aku asyik pancit..
tayar depan aku tak kesah sangat
tapi bila tayar belakang kena, takut aku

one day, ummi nak ikut budak kelas aku balik Gerik. bas pukul 8pm.
Aku pun volunteer lah hantar pergi bas stop dekat tanjung malim
Tapi baru sampai dekat petronas Behrang 2020, tiba2 rasa lain macam
aku pun pergilah singgah isi angin jap
tapi baru lintas, moto tu buat hal lagi
patah balik pergi petronas. tayar tu dah tubeless dah
aku dah petak dah. what should i do??!
15 minit lagi bas ummi nak gerak.
aku call syaza, aku call azim..
sesiapa boleh tolong hantar ummi pergi tanjung malim
Tapi dah tak sempat dah.
motor aku dah okay dah atas pertolongan pak cik2 dekat petronas tu
terima kasih banyak2
kalau tak, tak tau lah apa nak jadi
ummi pon dah selamat naik bas sebab budak kelas aku yang dah ada dalam bas tu dah pesan dekat pak cik tu berhenti ambil ummi

dah malam, dah gelap. takutlah pula nak balik sorang2.
buatnya motor tu buat hal lagi.
aku suruh azim teman aku balik
nasib baik dia on je
singgah beli burger jap pastu lepak rumah aku
zack pun join tak lama lepas tu
thanx lah korang sebab jenguk aku dekat petronas tu..


macam2 jadi dalam kehidupan kita. ada suka, ada duka..
itulah yang dinamakan warna warni kehidupan










READ MORE- #2012_014