walaupun cerita nie sudah lama. tapi bila aku tengok balik gambar2 yang kitorang tangkap. aku terasa macam nak kongsi dengan korang,
3 hari sebelum exam, kitorang hang out ramai2 untuk kali terakhir dan bagi melepaskan tension dekat buku.
so, mula2 kitorang berempat. tapi, lagi ramai lagi best ye tak? so, aku ajak lah kawan2 aku yang lain. plan pukul 10 pagi dah nak bertolak. akan tetapi, biasalah, aku kan? pukul 9.40 still atas katil lagi. shue plak nampak aku still tidur lagi, dia pun join sekali lah. haha...
tiba2, ada orang ketuk pintu. tengok2 kak mai dah siap dah. haha.. maaf ye. ngantuk sangat. study movie sampai lewat malam semalam. so, aku dengan shue pun siap2 pergi mandi. okay.. dah siap2. semua dah ada. so, gerak lah. tapi kan. hehe... tak lepas lah pula. kitorang kena tahan dengan guard. antara kesalahan2 kitorang, seluar ketat, poket seluar bertampal and tak pakai stokin. adoii. benda kecil jer pun. masalah betul. sem dah nak habis dah. susah sangat ke dia nak kasi lepas je. tapi, terpaksalah juga. masa tu ada lah benda2 kelakar yang jadi. tapi, bialrah kitorang2 je yang tau.
dalam pukul 11 lebih baru gerak. first, pergi rumah sewa kitorang dulu. dekat Slim River. saja2 je jalan2. dekat situ ada taman permainan. apa lagi. haha... lepas tu ada pula pokok rambutan. buah dia semuanya mengiurkan. sampai ada yang masuk dalam beg.
tengah seronok main2, pastu ada pula brother nie tanya jalan. kitorang pun tunjuk lah setakat mana yang kitorang tau. habis je cakap, tiba2 bas lalu. apa lagi. terjerit2 lah kitorang dekat situ sebab nak suruh bas tu berhenti. last2, bas tu berhenti juga. tapi agak jauh la. kira okay la tu dia berhenti. kalau tak, kena tunggu lagi 40 minit dekat situ.
so, kitorang gerak pergi TM (tanjung malim). first sekali tempat yang kitorang pergi bila sampai sudah pastinya KFC. haha... faham2lah. perut sudah lapar ma. apa boleh bikin. kasi isi laa...
tapi yang tak syok nya. ramai sangat orang. biasalah. sabtu kan. masa kitorang sedang enak menjamu selera, tiba2, ada sekumpulan kanak2 nie (darjah 6 agaknya) tengah buat birthday party. wahh...seronoknya korang. dulu aku selalu plan suprise birthday party tuk kawan2 aku. tapi siapalah akukan. aku yang buat, orang lain yang dapat nama. kawan2 aku tak pernah pun buat birthday party untuk aku. selama nie, birthday aku, aku sendiri yang plan macam2. sedihnyaa... dah2. lari tajuk pula
balik cerita budak2 tu tadi. bila tengok, memang terserlahlah keseronokan diorang. memang seronok betul diorang memekak dekat situ, kitorang pula yang terseksa dekat sinun.. adoii... sabar je lah. nak marah pon tak boleh. situkan tempat awam. so, terpaksalah diam dengan hati yang bengkek je. tak gitu, yuna? haha...
dah habis tu, kitorang jalan2 dekat pasar. nak cari makanan untuk malam nanti. waktu tengah tunggu kawan2 aku beli mee sup, aku ngan kawan2 aku duduk lah dekat divider jalan. faham2lah kan. kitorang penat berjalan. tiba2, ada brother nie cakap something. mula2, aku tak dengar. so, aku biar jelah. tapi kawan aku suruh aku bangun. lama2, baru aku jelas apa yang dia cakap. perghhh.... memang angin satu badan time tu. kalau tak fikir yang tu tempat orang ramai, memang aku baling je bekas air yang aku pegang dekat dia. memang mulut macam longkang sial lah. aku dengan kiah sabar je. apa yang dia cakap tu biarlah kitorang je yang tahu. tak ada unsur lucah and tak ada unsur ganas. tapi unsur kuang ajar nama dia.
okay.. lupakan pasal b*** tu. apa2 pun, hari tu sangat menyeronokkan dan agak meletihkan. aku sampai je dekat bilik, terus tidur. hee.. penat sangat.
thanks sangat2 dekat mereka2 yang menceriakan hari tersebut iaitu Nurul Aqilah, Shuhada, Ummi Kalsom, Kak Maizatul Maisarah, Fathin Fasihah, Wafa Ain, Noor Ayuna and Kira...
Hope kita boleh hang out lagi semesta depan...
No comments:
Post a Comment