Sunday, December 9, 2012

Sentiasa Dalam Ingatan...



09/11/2012
Khir Syafiq
Kau pergi meninggalkan kami.
Kini, genap sebulan.

Kau seorang sahabat yang sangat baik.
Kau sering membantu kawan-kawanmu dikala mereka kesusahan.
Kau tidak pernah kedekut tentang duit untuk kawan-kawan
Kau seorang yang sangat memikirkan masa depan.
Kau sering mendorong aku diwaktu aku putus asa untuk menyambungkan pelajaran.
Kau seorang yang sangat matang
Kau sangat menghormati orang yang lebih tua darimu
Mungkin aku tidak cukup mengenalimu.
Tapi, pada aku...
Kaulah insan yang paling baik yang akan diingat selamanya.




Terima kasih
Kau selalu belanja aku KFC
Kerja KFC kan...
Kau sanggup hantar makanan favourite aku dekat tempat kerja aku, dekat rumah aku..
Kau selalu datang rumah aku suatu ketika dahulu semata-mata untuk jumpa aku
Kau sanggup top upkan aku semata-mata untuk mesej kau
Tapi kau tak pernah minta balasan
Kau selalu dengar apa yang aku cakap
Walaupun aku bukan sesiapa pada kau

Maaf
Aku pernah memainkan perasaan kau.
Sumpah,
langsung tak ada niat untuk aku buat macam tu dekat kau
Maaf,
Aku banyak sangat buat salah dekat kau..
Maaf,
Aku banyak menipu kau..
Maaf,
Aku tak pernah balas perasaan kau
Maaf,
Aku tak pernah faham perasaan kau
Maaf,
Aku terlalu ego

Maaf, maaf, maaf...

Cuma tu je yang aku minta dari kau
Walaupun aku tahu, semuanya dah terlambat

Mungkin aku tak layak untuk ungkit balik perkara lepas
Kerana kita hanya kawan
Tapi bagi aku
Kenangan itulah yang membuatkan aku sentiasa ingat kau...

Terima kasih atas segala kebaikanmu.
Aku tak layak untuk memaafkanmu
Kerana aku yang patut memohon maaf padamu


"Ya Allah, kau ampunilah hambamu itu. 
Sesungguhnya hambamu ini banyak melakukan kebaikan. 
Kau mengambilnya pada usia yang muda.
Kau jauhilah beliau dari azab api neraka.
Kau lapangkanlah kuburnya..
Kau angkatlah kebaikannya dengan dengan darjat setinggi-tingginya.
Amin..."

AL-FATIHAH