10/11/2012
Perasaan aku tak menentu
Malu
Gembira
Sedih
Peristiwa memalukan.
Kami sekeluarga balik kampung untuk ke Majlis Pertunangan sepupu aku di Negeri Sembilan. Kitorang pergi naik 2 kereta. Abah, emak, angah and isteri dia 1 kereta. Along, Kak Tia, aku and Azie 1 kereta.
Masa on the way, kami singgah 1 stesen minyak. Aku nak pergi tandas. Tapi along Park kereta dia jauhlah pula dari tandas. So, waktu aku jalan nak gi tandas, aku terasa something wrong dengan weages aku. Bila aku tengok, rupa-rupanya 1 tali dah terputus. Haihh... Aku pun meneruskan perjalanan aku. Aku singgah dekat kereta abah kejap, suruh angah jaga hand bag aku. Bila aku da melepaskan hajat aku, aku pun ambil balik hand bag aku. bila aku tengok kasut aku, aku perasan dah 3 tali putus. Aku dah cuak dah. Aku betulkanlah mana yang patut. Niat dekat hati nak singgah beli milo jap, tapi tengok kasut yang tidak mengizinkan, aku batalkan niat aku. Masa dah nak sampai kereta, terserempak dengan along. Dia tanya tandas dekat mana? Maksudnya sempatlah nak beli milo jap. Tapi waktu tu aku dah londehkan dah kain baju kurung aku.
Masa on the way nak masuk kereta, aku rasa kasut aku dah tercabut bahagian belakang. Aku x tau nak buat apa dah. Jadi aku seretlah. Tapi macam dah teruk sangat je. Bila aku angkat kaki, tapak kasut aku tercabut. Cuba korang bayangkan. Kasut wages yang tapak dia tebal and tinggi 3 inci tu tercabut. Tapi dia punya bahagian atas still melekat dekat kaki korang. Kalau korang x boleh nak bayangkan, tengok gambar dekat bawah nie. Dan cuba korang bayangkan, dekat tempat awam pula tu. Kereta keluar masuk. Aku pun apa lagi. Tanggal dua-dua kasut, jangan pandang belakang, LARII...!!! Sampai dalam kereta pecah perut sorang2 gelak an aku. Haihh... Majal giler... Dah lah ada orang nampak, siap tegur lagi tu. Ada kereta tu pula, siap hon lagi. Sampai kampung memang kecoh lah. Haih....
Peristiwa menggembirakan
Kalau dah namanya Majlis Pertunangan, tak kan nak sedih pula an. Lain lah kalau yang bertunang tu pakwe/makwe korang or crush korang an. Itu mesti sedih siap tangkap leleh lagi. Hahaa... Nak cerita banyak pun aku tak tau nak cerita apa..
kak Tia, Azie, Kak Ngah, me, Ijaa..
muka2 "batak" jumpe cermin. hehee...
Peristiwa Sedih
Kalau korang dah baca entry sebelum nie, korang akan tau apa yang menyebabkan aku sedih. Aku dapat tau sehari selepas kematian beliau. Masa tu aku still on the way balik kampung. Tiba2 aku dapat call dari Azim. "Khir dah tak ada". Aku terkedu. Aku tak tau nak buat apa dah. Aku call Faa bagitau pasal nie. Bila habis je aku cakap dengan Faa, serta merta air mata aku jatuh. Dalam kereta tu juga aku nangis. 1 family aku faham kenapa aku sedih. Semua tahu full story tentang aku dengan beliau. Sampai kampung aku kena banyak cakap. Aku tak boleh diam. Kalau tak, serta merta aku akan teringat an dia and nangis. Ramai yang call aku, tanya aku dekat mana and nak bagitau pasal nie.
Pukul 12 am, kami sekeluarga sampai rumah (rawang). Aku naik bilik, aku bbm Nik, tanya dia pasal Khir and dia sukarela nak datang rumah aku. Lepas aku mandi, diorang sampai depan rumah. Nik and Mirul datang. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tanya Nik, macam mana dia boleh excident, belum habis dia story aku dah nangis. Memang aku dah tak boleh nak tahan nangis aku. Tak lama lepas tu, Azim and Zack sampai. Diorang borak, aku cuma mampu senyap je. Tapi, bila aku berdua dengan Azim, sumpah, air mata aku lagi laju, aku tak boleh berhenti nangis. Azim banyak tau pasal kami berdua. "Nangis jangan dipendam, nanti sakit dada tu". Ya. Depan korang semua aku nangis. Air mata lelaki pasti akan gugur juga. Jangan nak segan nangis depan aku. Hal macam nie, memang patut korang ketepikan ego korang.
Thanks korang teman aku malam tu. Keesokan harinya, aku, Nik and Mirul ziarah kubur beliau. Sempat jumpa family beliau dekat kubur tu. Bila tengok emak beliau nangis meratap kematian anaknya, sebak rasanya. Ayah beliau tegur kami. "Kalau dia ada buat salah, maafkan lah dia". Dengar je ayat tu, aku terus menangis. Bukan kami yang patut maafkan dia, tapi kami yang patut minta maaf dengan dia..
AL-FATIHAH..