Pada suatu hari, sedang aku kebosanan, aku pun mengeluarkan idea kepada kawan2 ku.
"Jom, sabtu ni kita pergi TS"
Mereka pun berkata, "jom, aku pun bosan duk sini. Tak tau nak buat apa"
Disebabkan minggu itu kami semua tidak pulang ke rumah kecuali Kiah, kami pun bersetuju.
Kiah terpaksa pulang kerana tanpa dia sedari, dia terbawa kunci motor milik bapanya ke Perak.
Akan tetapi, beliau tetap mahu mengikuti kami.
Akhirnya, kami bersetuju untuk menemuinya di stesen KTM Sg. Buluh.
Maka bermula lah kesoronak kami...
Di sana , kami bermain bowling, berjalan2, window shopping
Selepas itu, kami singgah ke Low Yatt atas urusan yang tidak dapat dibendung (perghh... ayat)
Hahaha... Kami singgah untuk beli printer dan beli charger Ummi je.
Bila dah sampai Low Yatt, kedai yang wajib aku kunjungi adalah kedai BIG APPLE dan FAMOUS AMOS..
perghh.. menetes air liur aku
Tapikan, sepanjang hari itu, ramai gila budak2 poli yang kami ketemui..
Termasuk lah roomate kesayangan ku (tangan di dada sambil pandang ke atas)
Pukul 10 lebih, kami selamat sampai ke tanjung malim... Lalu kami pun pulang ke rumah.
p/s: al kisah sebenarnya panjang lagi, tapi malas nak cerita sudah.. Maaf di atas kebakuan bahasa.
No comments:
Post a Comment