Tahun baru, bulan baru, semesta baru, azam baru...
Azam...?
Soalan tu dah tak asing lagi setiap kali masuk tahun baru.
Apa azam korang..?
Mestilah nak buat yang better dari tahun lepas kan
Tapi post kali ini, aku bukanlah nak cerita tentang azam baru.
Aku nak cerita tentang baru baru nak update blog.
Teruk nya..
Orang lain dah update sampai 9 post dah..
Nak buat macam mana kan. Sejak duduk rumah sewa ni, satu benda pon tak boleh buat.
Bosan betul..
Tv tak de..
Internet tak ada..
Nak keluar jalan2 pun tak tau nak pergi mana
Seksanya..
Tapi semesta kali nie, kelas kitorang dah naik taraf dah.
Dulu kelas macam budak sekolah je.
Sekarang nie, kelas kitorang dah ada air cond dah
Siap ada karpet lagi tu.. hehe
Tiap kali buat kerja berkumpulan, semuanya duduk bawah..
Jangan jeles okay..
Sekarang nie dah kena beli barang dapur, masak sendiri...
Tapi tak apa..
Kitorang kan Masterchef Malaysia..
Ape ada hal
Setakat paprik tu, pejam mata je lah..
Pejam mata pastu cakap, "kak, nasi goreng paprik 1"
Tapi, ia nya tak kan menjadi kalau korang tak duduk dekat mana2 kedai makan atau restoran.
hehe...
Tiap2 kali sebelum pergi kelas, mesti kitorang buat senaman pagi sikit.
Untuk kesihatan lah katakan.
Senaman yang kitorang buat ambil masa 10 minit sahaja.
Senaman berjalan kaki..
Sebab, hari2 kitorang pergi kelas jalan kaki.
No comments:
Post a Comment