Sunday, June 19, 2011

Kucing Itu Comel..

Rumah korang mesti ade kucing, kan? Majoriti mesti ada. Aku pon ada... Korang ada berapa banyak? Aku ade 2 ekor... Kucing korang comel tak? Kucing aku lagi comel tapi kecik lagi... Ayah aku suka sangat dekat kucing. Sebab tu la rumah kitorang ada kucing. Kalau hilang 1 mesti ada peganti dia nanti. Da berapa banyak kucing aku pernah ada pon aku tak ingat. Sebab banyak sangat... Sampai beranak pinak pon ada. Tapi tu dulu la, bila rajin nak bela banyak2. Tapi sekarang dah tak ada dah. Kalau nak bela mesti amek yang jantan. Pastu gi sunat kan dia... Semua kucing aku mesti orang bagi tak pun ambik dekat tempat keje ayah aku. Kami tak mampu nak beli kucing. Kalau beli mahal2 pon nanti mati jugak. Sama je semua kucing. Tak ada yang pedulik pon mahal atau tidak. Janji comel...



Kecut
Jantan



Acut or Kecut nie manja gila dengan orang. Kenapa nama dia kecut? Korang jangan salah fikir sebab dia pengecut ek. Sebenarnya sebab masa kitorang start bela dia badan dia kecut sangat. macam cuma ada tulang je. Tapi semenjak kitorang bela dia badan die da naik la. Da gemuk da... 



Rado
Jantan



Rado... Nama dia diambil sempena nama watak hero dalam cite Intan yang top gler time tu. Hahhaa... Aku sayang gila dekat dia. Dia memang manja dengan aku. Gambar nie pon aku ambik masa dia tengah tido sebelah aku dekat atas katil aku. Lena betul dia tido sampai tak nak keluar dari bilik aku. Sebenarnya nie lah gambar dia masa hari terakhir dia dekat rumah aku. esok nya dia hilang. Sedih gila. Bila aku balik keja aku tengok dia tak ada. Malam tu jugak aku gi cari dia. Merata-rata aku carik. Sampai hujung jalan rumah aku, aku pergi carik. Tapi tak ada. Yang aku jumpa kawan dia ade lah. Tapi bila aku tanya dekat kawan dia 'mana rado?', dia tak jawap pon. Dia terus bla mcam tu je. Sombong betul dia tu. Bila aku jerit nama rado bukan rado yang jawap, tapi anjing dekat rumah apek tu. Aku panggil lagi, pastu die jawap lagi. Sebok betol anjing tu. Nama dia Rado ke?

Sampai sekarang dia tak balik rumah. Ayah aku kata mungkin dia dah mati sebab sebelum dia hilang die macam dah tak larat nak jalan je. Kesian dia. Mana la dia pegi agak nya. 





Comot
Jantan



Nie kucing jiran aku. Nama dia comot sebab dia memang comot masa kitorang jumpa dia. Comot nie kucing jiran sebelah aku tapi macam tak terurus langsung. Dia selalu curik makanan rado. Dia dengan Rado memang rapat. Macam adik dengan abang. Manja gila. Gamba nie aku tangkap masa dia kacau aku na belaja akuan. Duduk atas buku aku pulak tu. Saje je. Bila aku aleh kan die pastu die datang balik. Rupa2 nya dia mintak aku ajar dia akuan sebab cita2 dia nak jadi akauntan. Aku pon dengan baik hati nya ajar dia... Ape aku mengarut nie?! Tak lama lepas tu jiran aku pindah dan bawak dia sekali. Sedih gila. Cian Rado... Tapi nak buat camne kan. Kitorang bukan tuan dia...







Yang nie bukan kucing aku. Tapi kucing Rashidah. Gambar nie aku tangkap masa aku dengan D lepak rumah dia. Kucing nie comel sangat. Gemuk. Bulu dia lembut gila. Dia suka kejar kaki dia. Tengok gambar tu. Terbukti kan yang die memang keja kaki dia. Aku tak tipu. Mula2 aku ingatkan dia nie patung je sebab die duduk atas meja pandang aku. Tiba2 die gerak. Hidup rupanya.. Haha... Disebabkan kecomelan dan kelebatan bulu dia lah aku terus selsema sampai malam. Hampeh tol.. Nasib baik comel







Gambar nie aku tangkap masa aku, apiz and mirol lepak rumah pija. Comel kan...






Safi & Salee
jantan & betina


Inilah dia kucing aku sekarang. Nama diorang diambil sempena nama pemain bola sepak Malaysia. Sekor jantan and sekor lagi betina. Adik beradik. Ambik dekat tempat keje ayah aku. Comel. Salee tu suka duduk bawah moto. Pastu masuk rumah kotor2. Terpaksa mandi an dia. Hampir hari2 dia kena mandi. Susah betol. Yang Safee nie pulak manja dengan aku. Bila aku duduk or baring mesti die menyelit. Siap tido atas badan aku lagi. Itu aku tak kesah la. Yang aku kesah bila bulu dia menusuk hidung aku sampai nak tercabut hidung aku selsema. Sampai ke malam pulak tu. Tensen je. Yang paling aku tak tahan dengan perangai die bila dia main lepas je kentut dye tu. Aku tak pernah kena lagi la. Adeq aku la slalu kena. Sapa suruh usik perut dia. Kan tak pasal2 dapat gas beracun. haha...


Diorang suka main2 dekat luar rumah sampai tak reti nak balik. Tapi tak payah risau lah. Bila nak panggil Safi balik, ketuk piring dekat lantai. Mesti dia datang. Kalau nak panggil Safee pulak balik, gegarkan pintu. Dengan pantas dia balik. Tak pon diorang akan balik bila dengan suara ayah aku panggil diorang. Mesti balik punya lah sebab ayah aku yang bagi makan dekant diorang hari2. Mane tak sayng nya diorang dekat bapak aku...



Sekian sajalah cerita saya tentang kucing2 yang comel.. hidong saya pon da gatal bila cerita tentang kucing. Kenapalah aku alah dekat bulu and kenapa la kucing mesti ade bulu??! Tensen tol... 


No comments:

Post a Comment