Saturday, May 14, 2011

maafkan aku, cinta...

banyak cinta yang mendatang. ramai insan yang menghulurkan cintanya. tapi. jika kita tidak merasakan perasaan yang sama terhadap nya, buat apalah kita menerimanya. cinta mereka bukanlah untuk dipermainkan, bukan untuk dipersendakan dan bukan juga untuk banggakan.
cinta adalah satu perasaan paling agung yang pernah Tuhan bagi kepada kita. dengan cinta kita merasa kan dunia ini milik kita dan hanya dia yang wujud di minda kita. dengan cinta kita akan menjadi manusia yang paling bodoh kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk insan yang dicintai. mungkin aku belum cukup pengalaman lagi tentang cinta. ini mungkin kerana aku berpegang teguh dengan prinsip aku selama ini. "bercintalah dengan orang yang menyintai kita dengan tulus dan pastikan kita juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya".
bukan lah hendak membangga tapi ramai yang meminta tapi aku terpaksa menolak kerana hati aku bukan untuk mereka. Maaf.. sudah 3 kali aku kecundang dalam bercinta. aku mencari cinta yang tidak bertepuk sebelah tangan. aku tidak mahu belajar menerima kemudian baru bercinta. jika hati tidak menyintai, buat ape hendak dipaksakan lagi.
mungkin sudah terlambat untuk aku menyatakan kepada nya bahawa aku terlalu menyintai nya sehingga hati aku tidak tentu arah apabila memikirkan nya. tapi aku bukan lah seorang insan yang berani menyatakan isi hati ini yang dah lama terpendam. apa yang mampu aku lakukan sekarang adalah dengan memandangnya dari jauh dan mendoakan kebahagiaannya.
mungkin aku bukan lah yang terbaik untuknya. tetapi sumpah, aku cintakan kau seorang. mungkin sekarang aku patut belajar untuk menyintai orang lain. ya... itulah yang harus aku lakukan.
maaf mengganggu hidupmu tapi setiap kali aku teringatkan kau, mesti aku akan mainkan lagi ini kerana lagu ini memaksudkan perasaan aku terhadap kau..

KU JATUH CINTA LAGI..

ternyata kau kekasih yang terbaik
yang pernah aku punya
sepanjang hidupku

ternyata kini baru aku sadari
setelah kita bertemu
ku jatuh cinta lagi

banyak hal yang telah ku alami
pernah menyakiti dan disakiti
namun tak bisa ku pungkiri
engkaulah yang aku tuju

beri aku kesempatan
sekali lagi dalam hidupku
ku ingin merubah semua

kini ku semakin yakin
bertapa berertinya engkau
ku takkan mengulang kesalahan...

p/s: bila kita boleh berjumpa lagi...?

No comments:

Post a Comment