Thursday, September 15, 2011

lelaki...

Guyys... i have a problem. 
Kenapa semua lelaki sama. Aku benci dengan perangai diorang yang langsung tak reti hormat perempuan. Please laa. Perempuan bukanlah tempat untuk korang melepaskan nafsu semata2. Wahai lelaki, tidak semua perempuan semurah yang kamu sangka. Kami mempunyai harga diri. Maruah perempuan tidak mampu dibeli dengan hanya kata2 manis yang keluar dari mulut korang. 


Bermula dengan sekadar  gurauan. Lama2 kelamaan menjadi serius. Mintak perkara yang bukan2. Bila tak layan. Touching. Sentap... Aku betul2 tak boleh fikir apa yang korang sebenarnya nak. Muka macam baik. Dengan orang lain happy go lucky. Rupa2nya, ada udang disebalik batu. Perangai setan kau tiba2 muncul.


Mungkin ada sesetengah perempuan yang akan layan dengan kemahun korang itu sebab tersangat sayang dekat korang. Tapi akhirnya apa yang perempuan tu dapat bila ikut kemahuan korang tu. ANAK LUAR NIKAH. Ye, itu lah yang akan perempuan tanggung. Walaupun perbuatan korang yang paling kurang pun sejam, tapi, perempuan akan mengusung perut yang sangat berat selama 9 bulan, menanggung malu seumur hidu. Kalau betullah kau sayangkan sseorang perempuan itu, kau tak akan mntak perkara yang bukan2. Mesti kau akan hormati perempuan itu dan tidak mahu merosakkan nya. Tapi korang, lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab. Malah ada yang telah digelar bapak orang namun masih menggatal. Merosakkan anak dara orang dengan alasan dunia mahu kiamat jadi lakukan apa sahaja yang kita mahu sementara masih sempat. Wahh... Kau tu Tuhan ke? Macam mana kau tahu kiamat dah nak dekat. 


Tolong laa. Ingat lah anak bini kau. Janganlah kau bagi alasan yang bini kau dah tak ada dara lagi waktu kau kawin dengannya. Itulah yang dipanggil KARMA. Kau fikir kau siapa?  Merosakkan anak dara orang tapi bila kahwin nak perempuan yang suci. Pergi mampus laa weyh.


Memang umur aku baru setahun jagung lagi. Masih mentah. Masih jauh lagi perjalanan hidup aku. Namun, pengalaman adalah guru yang terbaik untuk kita. Jangan lah pulak kita mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan. Kepada mereka yang digelar perempuan, jagalah harga diri korang. Tidak ada lelaki yang mahukan pempuan yang secondhand tanpa sebarang ikatan yang sah. Please jangan jadi bodoh sebab LELAKI dan CINTA...

No comments:

Post a Comment